GERIK – Seorang pengendali jengkaut maut selepas jentera yang dikendalikannya terbalik di tepi lereng bukit dalam kejadian di Lombong Bijih Timah Rahman Hydraulic, Klian Intan, Pengkalan Hulu di sini, pada Selasa.
Mangsa, Lum Kok Hon, 56, disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selepas kerja-kerja menyelamat dilakukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pengkalan Hulu.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, ketika anggota penyelamat tiba di tempat kejadian mangsa didapati berada dalam keadaan tersepit di dalam jengkaut tersebut.
“Ketua Operasi bertindak melaksanakan size up seterusnya mengarahkan anggota penyelamat menggunakan peralatan hidraulik dan gergaji bulat bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.
“Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak KKM untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa
Beliau berkata, operasi tamat sepenuhnya pada jam 3.15 petang. – MalaysiaGazette