Penyokong kecam Mbappe tukar jersi dengan pemain Sepanyol

LONDON: Penyokong melabelkan kapten Perancis, Kylian Mbappe ‘memalukan’ kerana menukar jersi dengan pemain Sepanyol selepas tamat babak pertama separuh akhir Euro 2024 awal pagi tadi.

Mbappe membantu gol pertama perlawanan pada minit kelapan di Munich apabila hantaran lintangnya ditanduk Randal Kolo Muani, namun Sepanyol bangkit menerusi Yamine Lamal dan cubaan Dani Olmo bagi mendahului 2-1 sebelum rehat.

Rakaman tersebar menunjukkan Mbappe menaiki tangga untuk ke terowong sambil memegang jersi Sepanyol, dan penyokong seakan tidak percaya.

“Memalukan apabila Mbappe menukar jersi pada babak pertama,” kata seorang pengguna X sebagai balasan terhadap video berkenaan.

Kylian Mbappe menukar jersi dengan pemain Sepanyol selepas tamat babak pertama separuh akhir Euro 2024 awal pagi tadi. - Foto Agensi
Kylian Mbappe menukar jersi dengan pemain Sepanyol selepas tamat babak pertama separuh akhir Euro 2024 awal pagi tadi. – Foto Agensi

“Mbappe menukar jersi pada babak pertama separuh akhir Euro? Pemain ini memang tidak serius lmaoooooo,” tambah seorang lagi.

Balasan sama datang daripada seorang penyokong yang menulis: “Mbappe menukar baju pada babak pertama dengan pasukan yang menewaskan mereka pada separuh akhir Euro,” diikuti emoji ketawa.

Menukar jersi ketika perlawanan mendatangkan pandangan berbeza dengan sebahagiannya tidak ambil peduli namun ada menganggapnya sebagai idea bodoh dan pemain sepatutnya menunggu hingga tamat perlawanan. – AGENSI