Mahmud bukan lagi peguam bela Ismanira, nama Zayn Rayyan berubah

PETALING JAYA – Peguam, Mahmud Abdul Jumaat kini tidak lagi mewakili ibu kepada kanak-kanak autisme yang ditemui mati, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Mattin pada tahun lalu.

Perkara berkenaan disahkan oleh wakil peguam Hadzwan Ayob kepada Mahkamah Sesyen hari ini.

Dalam masa yang sama, pasukan pembelaan kedua-dua tertuduh membuat permohonan terhadap pindaan nama kanak-kanak autisme itu yang telah disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Nama kanak-kanak itu dipinda sebagai Zayn Rayyan Zaim Ikhwan.

“Pihak kami telah menerima cabutan pihak JPN melalui anak guam Ismanira pada 4 Julai 2024, keputusan pembetulan JPN telah dikeluarkan oleh JPN Selangor nama kanak-kanak itu dibetulkan,” katanya.

Selain itu, pihak pendakwaan memohon mahkamah hari ini untuk menetapkan tarikh baharu berikutan pihaknya belum menyerahkan laporan forensik dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Sehubungan itu Hakim, Dr Syahliza Warnoh menetapkan 18 September bagi sebutan baharu.

Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira pada pada 13 Jun lalu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengabaikan kanak-kanak autisme berusia enam tahun itu pada Disember tahun lalu.-MalaysiaGazette

Source :