SYDNEY: Pemimpin Australia, New Zealand dan Kanada menggesa gencatan dilakukan dengan segera di Gaza.
Ketiga-tiga negara dalam satu kenyataan berkata, gencatan senjata segera amat diperlukan.
“Orang awam mesti dilindungi dan peningkatan dalam aliran bantuan yang berterusan diperlukan di seluruh Gaza untuk menangani situasi kemanusiaan,” katanya.
Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) Kamala Harris, dengan nada lebih keras berbanding Presiden Joe Biden, menekan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk membantu mencapai perjanjian gencatan senjata Gaza.
Perjanjian gencatan senjata akan meringankan penderitaan orang awam Palestin. – REUTERS