Pelajar tidak sedarkan diri selepas hisap vape

Chukai: Seorang pelajar dilaporkan tidak sedarkan diri selepas dipercayai menghisap rokok elektronik atau vape di sebuah sekolah di sini dekat sini, 22 Julai lalu.

Mangsa yang berusia 16 tahun itu ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas dikatakan menghisap rokok elektronik.

Sumber berkata, pelajar lain yang menyedari kejadian yang berlaku ke atas mangsa kemudiannya memaklumkan perkara itu kepada pihak pengurusan sekolah kira-kira jam 10.30 pagi.

Berikutan itu, mangsa dibawa oleh bapanya ke klinik kesihatan berhampiran sebelum dihantar ke Hospital Kemaman untuk rawatan lanjut.

Berikutan kejadian itu, bapa mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman pada Jumaat lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung dengan kejadian itu.

Source :