Hezbollah lancar serangan roket ke atas pangkalan udara Israel

TEHRAN – Hezbollah telah melancarkan serangan roket ke atas pangkalan pertahanan udara dan peluru berpandu Israel dalam operasi terbaharunya sebagai tindak balas kepada pencerobohan rejim ke atas Gaza dan Lubnan.

Gerakan yang berpangkalan Lubnan ini telah menembak puluhan roket Katyusha ke pangkalan di Kila Barracks, menurut rangkaian berita Al Mayadeen yang berpangkalan di Beirut.

Sementara itu media Israel melaporkan pada hari yang sama bahawa enam askar Israel telah cedera selepas dron yang ditembak dari Lubnan jatuh.

Israel dan Hezollah telah melancarkan serangan setiap hari sejak 8 Oktober, sehari selepas rejim itu menyerang Gaza.

Pertukaran api bagaimanapun telah meningkat sejak beberapa hari kebelakangan ini kerana Hezbollah telah berjanji untuk menghukum Israel atas pembunuhan komander tertingginya Fuad Shukr di Beirut Selasa lalu.

Rejim Israel juga bersiap sedia untuk mendapatkan respons daripada Iran berikutan pembunuhan pemimpin politik Hamas Ismail Haniyeh di Tehran, yang berlaku sehari selepas kematian Shukr.

Iran telah berjanji untuk bertindak ke atas Israel. – Agensi

Source :