Remaja 14 tahun antara 8 ditahan rogol pelajar tingkatan tiga

KOTA KINABALU: Lapan lelaki termasuk pelajar sebuah sekolah menengah ditahan selepas disyaki merogol pelajar perempuan berusia 15 tahun baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, semua suspek berusia antara 14 hingga 38 tahun ditahan dalam serbuan di beberapa rumah di sekitar daerah ini kelmarin.

“Semua suspek ditahan kerana disyaki terbabit kes rogol pelajar perempuan tingkatan tiga itu dengan kes selesai kurang 24 jam sebaik mangsa membuat laporan polis.

“Semua suspek termasuk pelajar berusia 14 tahun itu ditahan reman untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 375B Kanun keseksaan,” katanya.