Lelaki maut motosikal ditunggang rempuh kereta

PASIR PUTEH: Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu berhampiran Kampung Wakaf Bunut, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 10 malam itu, mangsa, 39, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada kepala.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata mangsa dari arah Pasir Puteh menghala Kuala Terengganu dipercayai hilang kawalan ketika melalui selekoh sebelum terbabas ke laluan bertentangan.

“Motosikal mangsa kemudian bertembung sebuah kereta dipandu seorang lelaki dari arah hadapan,” katanya dalam kenyataan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987