Kemeja-t dipakai seorang lelaki bukan pakaian penugasan rasmi PDRM

Polis menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan video tular itu dan pihaknya mengambil maklum isu terbabit.

BALIK PULAU: Kemeja-T tertera logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan nama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya yang dipakai seorang lelaki dipercayai warga Bangladesh bukan untuk penugasan rasmi, kata Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt Kamarul Rizal Jenal.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati kemeja-T dipakai lelaki itu dicetak pada 2016 untuk kegunaan aktiviti sosial seperti senaman dan gotong-royong.

“Pihak polis telah mengesan satu video tular berdurasi 19 saat pada 1.30 tengah hari semalam memaparkan seorang lelaki dipercayai warga Bangladesh memakai kemeja-T tertera tulisan ‘IPD Barat Daya’ dan logo ‘PDRM’.

Terdahulu tular rakaman video berdurasi 23 saat memaparkan lelaki tempatan merakamkan gelagat seorang lelaki yang didakwa warga Bangladesh memakai kemeja-T tertera logo PDRM serta nama IPD Barat Daya.

Source :