Anda mungkin biasa mendengar mengenai probiotik. Akan tetapi, adakah anda tahu berkenaan probiotik dengan lebih jelas? Kenapa perlu probiotik dalam tubuh dan apakah kelebihan probiotik ini?
Gangguan dan penyakit lazim berkaitan penghadaman
Gangguan gastrointestinal fungsional (FGID) seperti sindrom iritasi usus (IBS) dan dispepsia fungsional mempunyai kekerapan yang tinggi di seluruh dunia.
Di Malaysia secara khusus, penyakit kronik berkaitan penghadaman seperti kanser kolorektal boleh memberikan kesan yang mendalam terhadap kualiti hidup.
Ini menunjukkan keperluan terhadap intervensi yang lebih berkesan dalam pengurusan penyakit dan sokongan kualiti hidup 1.
Kajian juga mendapati, gangguan pencernaan seperti dispepsia yang mempunyai simptom seperti kembung, mual dan sendawa mempunyai kelaziman yang tinggi di Malaysia, dan ia berkait rapat dengan penurunan kualiti hidup yang berkaitan dengan kesihatan 2.
Begitu juga dengan gangguan-gangguan penghadaman lain seperti sindrom iritasi usus besar, gastritis, dan seliak yang semakin biasa berlaku.
Keadaan ini boleh menyebabkan simptom yang tidak menyelesakan seperti sakit perut, kembung perut dan perubahan tabiat pembuangan air besar yang boleh mengganggu aktiviti harian.
Namun, gangguan dan penyakit ini boleh dikurangkan menerusi pengambilan probiotik secara konsisten setiap hari.
3 kelebihan probiotik untuk kesihatan penghadaman
Probiotik untuk apa? Probiotik adalah mikroorganisma hidup yang jika diambil dalam jumlah yang sesuai, ia boleh memberikan manfaat kesihatan kepada hosnya.
Jenis bakteria yang paling biasa digunakan sebagai probiotik adalah daripada gen Lactobacillus dan Bifidobacterium 3.
Bakteria-bakteria ini dikenali dengan keupayaannya membantu dalam pelbagai cara seperti 3:
#1. Mengimbangi mikrobiom usus
Probiotik untuk apa? Probiotik berfungsi membantu mengimbangi mikrobiom usus, mengurangkan ketidakseimbangan dan kebocoran usus yang menyebabkan penurunan biomarker inflamasi.
Ini termasuklah memperbaiki penghalang usus dan menurunkan lipopolisakarida yang menyebabkan inflamasi 4.
Selain itu, kajian menunjukkan bahawa penggunaan probiotik boleh meningkatkan bilangan Bifidobacterium dan Lactobacillus dalam usus, yang memberi kesan kepada peningkatan kesihatan usus 5.
Ini antara sebab utama kenapa perlu probiotik dalam badan kita.
#2. Kelebihan probiotik: Membantu pencernaan
Kenapa perlu probiotik? Probiotik juga mengoptimumkan fungsi pencernaan dengan meningkatkan metabolisme dan penyerapan nutrien.
Kehadiran probiotik juga mengurangkan kejadian penyakit pencernaan seperti sindrom iritasi usus dan penyakit keradangan usus.
Probiotik mempengaruhi mukosa usus yang menghasilkan enzim pencernaan, serta meningkatkan fungsi penghalang usus 6.
#3. Menyokong fungsi imun
Apa lagi kelebihan probiotik? Probiotik turut bermanfaat terhadap modulasi imun dengan mengurangkan reaksi inflamasi dan meningkatkan penghasilan sitokin antiradang.
Mekanisme ini memainkan peranan penting dalam mengurangkan risiko dan simptom penyakit inflamasi usus dan gangguan autoimun lain 7.
Probiotik juga boleh mengubah tindak balas imun dengan mempengaruhi pengeluaran sitokin aktiviti sel imun untuk menguatkan pertahanan tubuh 8.Setelah mengetahui manfaat dan kelebihan probiotik, anda pasti mahu mengambilnya setiap hari. Akan tetapi, apakah cara mudah yang boleh anda lakukan?
- Pengambilan minuman probiotik seperti Yakult setiap hari: Minum satu botol Yakult setiap hari adalah cara yang mudah dan berkesan untuk menambahkan probiotik ke dalam diet anda. Yakult mengandungi probiotik yang membantu mengekalkan keseimbangan mikrobiom usus. Pengambilan sebotol Yakult secara konsisten setiap hari lebih penting daripada meminumnya dengan jumlah yang banyak dalam satu-satu masa
- Pengambilan makanan kaya probiotik: Antara makanan yang kaya dengan sumber probiotik adalah seperti yogurt, tempe, sesetengah keju, kombucha dan kimchi 9
- Mengambil suplemen probiotik: Pilih suplemen yang berkualiti dan mengandungi strain probiotik yang telah terbukti secara klinikal
Sayangi usus anda sempena Hari Kesihatan Penghadaman Sedunia
Hari Kesihatan Penghadaman Sedunia (WDHD) adalah inisiatif penting yang diraikan setiap tahun untuk meningkatkan kesedaran mengenai masalah kesihatan penghadaman di seluruh dunia.
Hari ini diadakan bagi menekankan kepentingan menjaga sistem penghadaman yang sihat sebagai asas kepada kesejahteraan umum.
Memandangkan sekitar 70-80% sistem imun berada dalam usus, maka untuk memeliharanya bukan hanya berkenaan menghindari ketidakselesaan perut 10.
Tetapi ia juga untuk memperkuat pertahanan tubuh kita terhadap penyakit.
Yakult sebagai pengeluar minuman probiotik terkenal di dunia, terus dengan komitmennya untuk meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan penghadaman melalui pelbagai inisiatif.
Antara program yang dijalankan adalah seperti Misi Sihat Yakult di sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Menerusi program ini, pelajar sekolah didedahkan dengan kepentingan kesihatan usus dan nutrisi seimbang di samping edaran minuman dan cenderahati Yakult kepada pelajar dan guru.
Selain itu, Yakult juga bekerjasama dengan agensi-agensi dan pakar kesihatan bagi projek-projek komuniti, yang terkini di Terengganu, Sabah, Melaka, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.
Antaranya adalah pemeriksaan kesihatan percuma, aktiviti-aktiviti berkaitan gaya hidup aktif serta ceramah oleh pakar kesihatan mengenai kesihatan penghadaman kepada ahli komuniti.
Ini menunjukkan komitmen Yakult dalam mendidik masyarakat mengenai penjagaan sistem penghadaman serta kelebihan probiotik. Manfaatkan kelebihan probiotik
Kini anda telah mengetahui kenapa perlu probiotik dalam tubuh.
Tip
Dengan memahami dan mengintegrasikan probiotik ke dalam gaya hidup, anda dapat mengelakkan gangguan penghadaman dan memelihara kesihatan tubuh secara keseluruhan.
Layari laman web Yakult dan ikuti saluran media sosial mereka bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai pelbagai aktiviti untuk meningkatkan kesedaran tentang kesihatan penghadaman.