BAITULMAQDIS: Beberapa peluru berpandu yang dilancarkan Iran jatuh dalam pangkalan tentera udara Israel.
Bagaimanapun ia tidak menyebabkan sebarang kematian atau kerosakan, kata tentera Israel hari ini tanpa menyatakan pangkalan yang terbabit.
“Ketika serangan Iran semalam, beberapa peluru berpandu jatuh dalam pangkalan tentera udara Israel.
“Tiada infrastruktur atau keupayaan serangan dalam kawasan di pangkalan IAF (Tentera Udara Israel) yang rosak,” kata tentera negara itu.
Tentera berkenaan berkata, tiada kematian atau kerosakan pada pesawat yang dilaporkan.
– AFP