Banjir kilat ragut tiga nyawa di Chiang Mai

Wilayah-wilayah di utara Thailand mengalami banjir besar sejak taufan yagi melanda rantau ini pada awal September lalu. – Foto AP

CHIANG MAI: Sekurang-kurangnya tiga terkorban susulan banjir kilat yang melanda kawasan pelancongan terkenal di Thailang, Chiang Mai.

Para pelancong dilaporkan terpaksa dipindahkan dari hotel melalui air berlumpur setinggi lutut, manakala kedai-kedai di pusat bandar terpaksa ditutup akibat bencana alam itu.

Pihak pengurusan sebuah pusat pemeliharaan gajah pula mendedahkan, dua ekor haiwan itu turut ditemukan lemas akibat paras air banjir yang naik dengan pantas di utara bandar tersebut.

Di pusat bandar Chiang Mai, orang ramai dilihat meredah air banjir berlumpur di pasar malam, manakala air turut memasuki stesen keretapi pusat yang kini telah ditutup.

Media tempatan melaporkan ribuan warga emas yang terlantar di tempat tidur dan kanak-kanak memerlukan makanan serta pemindahan selepas Sungai Ping mencapai paras tertinggi yang merekodkan sejarah, Sabtu lalu.

Seorang pegawai kesihatan awam Saritdet Charoenchai memaklumkan, tiga orang terbunuh, termasuk seorang lelaki berusia 44 tahun yang terkena renjatan elektrik dan seorang wanita berusia 33 tahun yang maut dalam kejadian tanah runtuh.

Katanya, lebih 80 orang dipindahkan ke pusat perlindungan sehingga kini.

Stesen televisyen tempatan menyiarkan rakaman seorang sami membawa keranda melalui air banjir ke tapak pembakaran mayat.

Banjir besar melanda bahagian utara Thailand selepas hujan lebat baru-baru ini menyebabkan Sungai Ping mencapai paras ‘kritikal’.

Wilayah-wilayah di utara Thailand mengalami banjir besar sejak taufan yagi melanda rantau ini pada awal September lalu, dengan satu daerah melaporkan banjir terburuk dalam tempoh 80 tahun.

Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana berkata, sebanyak 20 daripada 76 wilayah di Thailand kini dilanda banjir.

Source :