KUALA LUMPUR: Kerajaan bercadang memberikan pelepasan cukai sehingga RM7,000 ke atas bayaran faedah pinjaman perumahan bagi menggalakkan pemilikan rumah pertama.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelepasan cukai sehingga RM7,000 itu akan diberikan untuk rumah kediaman berharga sehingga RM500,000.
“Pelepasan cukai sehingga RM5,000 ringgit diberikan bagi rumah kediaman berharga melebihi RM500,000 hingga RM750,000.
“Pelepasan ini boleh dituntut bagi tiga tahun taksiran berturut-turut ke atas perjanjian jual beli yang disempurnakan dalam tempoh 1 Januari 2025 hingga 31 Disember 2027,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat di sini, hari ini.