Pasukan pengaman di Lubnan jadi sasaran serangan ‘disengajakan’ – UNIFIL

BEIRUT: Jurucakap Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL) di Lubnan mengesahkan pasukan itu yang beroperasi di selatan Lubnan telah disasarkan dalam beberapa serangan, termasuk lima serangan yang disifatkan sebagai “disengajakan”.

Memetik jurucakap UNIFILL dalam satu taklimat media di Geneva berkata;

“Kedudukan kami telah berulang kali diserang di Lubnan, meletakkan pasukan pengaman dalam bahaya.

Jurucakap itu turut melahirkan rasa terkejut dengan kemusnahan di banyak perkampungan Lubnan di sepanjang dan melepasi ‘Blue Line’, menyifatkan kerosakan itu sebagai “membimbangkan.”

Menekankan keperluan pentingnya kehadiran berterusan UNIFIL di Lubnan, jurucakap itu memberi jaminan bahawa “moral pasukan pengaman kekal sangat tinggi.”

Jurucakap itu yang mengesahkan penemuan potensi penggunaan fosforus putih berhampiran sebuah pangkalan berkata:

“Kami menemukan kesan yang dipercayai fosforus putih beberapa bulan lalu berhampiran satu daripada pangkalan kami.”

Beliau menambah bahawa sebuah dron yang berasal dari selatan negara itu mengelilingi sebuah kapal UNIFIL di luar pantai Lubnan, menghampiri dalam jarak beberapa meter.