KOTA BHARU: Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, yakin masyarakat tidak terpedaya dengan individu yang menyamar sebagai dirinya.
Beliau mengakui tidak mengetahui motif individu berkenaan menyamar sebagai dirinya dengan membuka laman sembang di WhatsApp.
“Saya dihubungi oleh ramai rakan mengenai perkara itu. Apa yang pasti nombor telefon saya hanya satu, begitu juga isteri pun hanya satu.
“Saya tidak tahu apa tujuan individu yang menyamar untuk menjadi saya dan membuka kumpulan WhatsApp, namun saya yakin masyarakat tidak akan tertipu dengan individu berkenaan.
“Bagaimanapun, laporan polis sudah dibuat dan siasatan sedang dilakukan manakala individu berkenaan giat dikesan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Kelantan dan Pengerusi PERKEP Kontinjen Kelantan.
Diraja Malaysia (PDRM) dilaporkan sedang mengesan individu yang menyamar sebagai Ayob Khan di aplikasi WhatsApp.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa dilaporkan berkata, individu itu dikesan menyamar dalam kumpulan sembang aplikasi WhatsApp dinamakan ‘Friendship Group’.
Dalam perkembangan lain, Ayob Khan berkata, bunyi dentuman di Ipoh dan daerah sekitar sehingga kini masih kekal misteri tanpa perkembangan.