Buli berulang dan berakar, di mana silapnya

BARU saja Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman mati terhadap enam tertuduh kerana menyebabkan kematian Pegawai Kadet Laut, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain pada Julai lalu, kini buli dengan menekup seterika panas berulang kembali di universiti itu.

Seolah-olahnya keputusan mahkamah itu tidak mendatangkan sebarang impak terhadap individu yang sanggup melakukan buli secara sadis. Ini yang Belalang bingung memikirkan gejala buli di negara ini.

Mahkamah sudah buat keputusan, kerajaan juga wujudkan banyak garis panduan mencegah buli tetapi perbuatan ini tetap berlaku dan berleluasa.

Ada kes buli berjaya disembunyikan tetapi dalam kes terbaharu ini, ia sudah terdedah.

Pihak pengurusan universiti dan mana-mana institusi tidak boleh tutup sebelah mata lagi isu buli ini. Ia budaya mesti dihapuskan dan tidak diwarisi dalam mana-mana institusi. Jangan sampai ada lagi kes mati akibat buli berulang. Belajarlah daripada pengalaman dan kesilapan.

Kes buli dengan menekup seterika panas berulang kembali di UPNM. - Foto fail NSTP
Kes buli dengan menekup seterika panas berulang kembali di UPNM. – Foto fail NSTP