Rugi besar PNB, Khazanah dalam FashionValet perlu siasatan menyeluruh

BELALANG urut dada bila dapat tahu Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) rugi RM43.9 juta menerusi pelaburannya dalam FashionValet Sdn Bhd (FashionValet).

Betul PNB sudah menjelaskan kegagalan pelaburan itu berlaku ketika pandemik COVID-19 melanda negara dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, menyukarkan operasi kedai fizikal syarikat berkenaan.

Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Khazanah mengalami kerugian pelaburan berjumlah RM43.9 juta dalam FashionValet. - Foto fail NSTP
Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Khazanah mengalami kerugian pelaburan berjumlah RM43.9 juta dalam FashionValet. – Foto fail NSTP

Tapi apa yang Belalang ingin tekankan, jumlah kerugian begitu besar dialami PNB dan Khazanah kerana ia membabitkan wang negara, gambaran kelemahan aspek pengurusan dan keputusan pelaburan serta menyentuh isu integriti.

Walau apa pun penjelasan dan alasan diberikan, ia tetap menjentik rasa curiga orang awam terhadap ketelusan keputusan wajar untuk melabur dalam syarikat berkenaan.

Belalang amat berharap SPRM menyiasat dengan teliti kes ini termasuk individu bertanggungjawab dalam prosedur pengurusan kewangan serta membuat keputusan dalam pelaburan dalam syarikat berkenaan.