KUALA LUMPUR: Seorang pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas dakwaan mencederakan rakan pelatih junior dengan memijak perut memakai ‘spike boot’.
Bagaimanapun, tertuduh, Mohd Adil Mat Awang Ghani mengaku tidak bersalah mencederakan Muhammad Haziq Iqbal Ahmad Rashidi.
Mohd Adil yang berkemeja putih dan berseluar hitam menjawab ‘saya faham (tuduhan) dan saya tidak mengaku salah’ selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.
Dia didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Muhammad Haziq pada jam kira-kira 10.45 malam, pada 21 Oktober lalu.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh membawa hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.