Gencatan senjata hanya lemahkan Israel – Gantz

Benny Gantz menzahirkan kebimbangan mengenai perjanjian gencatan senjata yang akan dimeterai dengan pasukan pejuang Hezbollah. – Gambar fail Reuters

TEL AVIV: Pemimpin pembangkang Israel, Benny Gantz, menzahirkan kebimbangan mengenai perjanjian gencatan senjata yang akan dimeterai dengan pasukan pejuang Hezbollah.

Menerusi ciapan di X, Gantz berkata, pengunduran tentera Israel menerusi perjanjian seperti itu hanya memberi ruang kepada Hezbollah untuk kembali mengatur strategi ketenteraanya.

Justeru, beliau menggariskan tujuh langkah utama yang perlu dipertimbang kerajaan pimpinan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu bagi keselamatan Utara Israel.

Pertama, tegas Gantz, perjanjian itu harus mendapat kelulusan rasmi di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan bukan sekadar persetujuan dua hala dengan Amerika Syarikat (AS).

Beliau turut mencadangkan satu mekanisme pemantauan diketuai AS untuk memastikan sebarang pelanggaran perjanjian dilaporkan secara berkala.

Source :