Ribut kuat, menara kren tumbang di Setapak

KUALA LUMPUR – Sebuah menara kren tumbang dari bangunan di satu kawasan pembinaan berhampiran Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Sungai Bonus, Kampung Air Tawar dekat Setapak, petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur memaklumkan, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pukul 6.19 petang menerusi talian MERS 999.

Sejurus menerima maklumat itu, sepasukan anggota digegaskan ke Lokasi kejadian untuk memberikan bantuan.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian, terdapat sebuah tower kren terjunam dan jatuh di kawasan pembinaan bangunan akibat angin ribut yang kuat,” katanya dalam kenyataan.

Bagaimanapaun, tiada mangsa terlibat dalam insiden itu urusan seterusnya diserah kepada pihak pengurusan pembinaan untuk tindakan selanjutnya. – MalaysiaGazette

Source :