2 Individu Jalan Kaki Dari Perak Ke Mekah, Mahu Merealisasikan Impian Tunai Haji Pada Tahun 2025

Dapat dilihat menerusi akaun TikTok seorang individu bernama Bukhariella, dia bersama seorang lagi individu yang bernama Azizul sudah pun memulakan perjalanan mereka daripada Masjid Jamek Kampung Changkat Lobak, Bagan Serai, Perak menuju ke Mekah pada 1 Disember lalu.

Berjalan kaki dari Perak menuju ke Mekah

Difahamkan, mereka memulakan perjalanan tersebut bermula awal Disember sebelum ini kerana mahu merealisasikan impian mahu menunai haji pada tahun 2025.

Pada hari pertama, kedua-dua individu itu telah pun berjalan sejauh 38km daripada Kampung Changkat Lobak ke Parit Buntar, sebelum mengambil keputusan untuk bermalam di sebuah masjid disana.

Bukhari yang sentiasa berkongsikan perkembangan perjalanannya mengatakan mereka akan meneruskan perjalanan ke Bukit Mertajam pada hari kedua dengan jarak sejauh 31km daripada Parit Buntar dan seterusnya menuju ke Mekah.

Netizen doa segala urusan dipermudahkan

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dengan semangat kedua-dua individu itu dan kebanyakannya mendoakan agar segala urusan serta perjalanan mereka dipermudahkan.

Source :