Tiada laporan polis kebocoran data MyKad 17 juta rakyat di ‘darkweb’ – PDRM

KUALA LUMPUR – Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan setakat ini tiada laporan polis diterima berhubung dakwaan data MyKad 17 juta rakyat Malaysia bocor dan dijual di laman web gelap seperti didakwa sebuah syarikat teknologi maklumat Singapura.

“Hasil siasatan yang dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, JSJK Bukit Aman, tidak ditemui sebarang laporan berkaitan isu yang dinyatakan,” kata Timbalan Pengarah (Siasatan) JSJK, Datuk Rohaimi Md Isa dalam kenyataan di sini.

Walau bagaimanapun, katanya, JSJK akan terus melakukan pemantauan bagi menentukan kesahihan maklumat tersebut. siasatan yang sewajarnya akan dilaksanakan bersama-sama agensi lain yang berkaitan sekiranya laporan polis berkenaan isu tersebut diterima kelak.

Melalui hantaran di X, akaun Fusion Intelligence Center @ StealthMole mendakwa data MyKad 17 juta rakyat Malaysia didakwa telah bocor dan dijual di ‘dark web’ atau laman web gelap.

Katanya, sampel MyKad yang dipamer secara terbuka menimbulkan kebimbangan terhadap isu kecurian identiti risiko penipuan kewangan.

“Sebagai bukti, mereka telah berkongsi secara terbuka sampel kad pengenalan Malaysia di web gelap. Kebocoran data yang besar ini menimbulkan kebimbangan kerana ia boleh membawa kepada jenayah serius seperti pencurian identiti dan penipuan kewangan,” menurut akaun berkenaan. – MalaysiaGazette

Katanya, sampel MyKad yang dipamer secara terbuka menimbulkan kebimbangan terhadap isu kecurian identiti risiko penipuan kewangan.

Source :