JOHOR BAHRU – Hasrat seorang wanita untuk bertemu cinta hatinya tidak kesampaian apabila teman lelakinya ditemui mati di rumah kedai di Taman Bistari Indah, Ulu Tiram di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, sebelum itu, wanita tersebut mencari dan cuba menghubungi kekasihnya tetapi panggilannnya tidak dijawab.
“Lelaki berkenaan dijumpai oleh teman wanitanya yang merupakan warga Indonesia datang mencarinya selepas dua hari tidak dapat apa-apa panggilan daripada kekasihnya itu.
“Lelaki berkenaan merupakan pemilik kedai percetakan berusia 40 tahun dan tinggal seorang diri di rumah kedai tersebut,” katanya dalam kenyataan.
Raub berkata, siasatan mendapati tiada unsur jenayah dan diklasifisasikan sebagai mati mengejut.
Jelasnya, bedah siasat akan dilakukan esok di Hospital Sultan Ismail.- MalaysiaGazette