PUTRAJAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini menikmati santapan tengah hari bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sebuah restoran di Johor Bahru, Johor.
Menerusi catatan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, baginda menikmati santapan tengah hari itu di sebuah restoran asam pedas terkenal di Johor Bahru.
Terdahulu, baginda menerima menghadap Perdana Menteri di Istana Pasir Pelangi.
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim turut berangkat pada sesi menghadap dan santapan tengah hari.
Sultan Ibrahim dipilih Yang di-Pertuan Agong ke-17 untuk tempoh lima tahun bermula 31 Januari lalu.