Lelaki buntu fikir nasib anak-anak, selama ini perkahwinan tak sah! Arwah isteri guna identiti orang lain masa nikah

NASAB merujuk kepada garis keturunan seseorang atau hubungan darah antara individu dengan ahli keluarga mereka.

Dalam konteks Islam, nasab berkait rapat dengan system identifikasi keturunan untuk menentukan hubungan keluarga dengan hak.

Seorang suami berada dalam dilemma selepas Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memaklumkan kemungkinan menarik taraf anak-anaknya kerana perkahwinan dianggap tidak sah.

“Baru-baru ini, saya dihubingi oleh pihak JPN Putrajaya mengatakan taraf kewarganegaraan anak-anak saya kemungkinan akan ditarik kerana arwah isteri saya menggunakan kad pengenalan identity orang lain.
“Pemilik asal telah membuat laporan dan sejak itu saya dapat tahu bahawa isteri saya bukanlah warganegara dan menggunakan kad pengenalan oeang lain,”katanya yang berkongsi kisah di media social.

Lelaki itu mendedahkan dia telah pun disiasat oleh JPN Putrajaya berhubung kes ini.
“JPN memberitahu kemungkinan akan menarik taraf anak-anak saya kerana perkahwinan saya dianggap tidak sah dan taraf anak saya mungkin mengikut ibu mereka.

“Tapi saya ada sijil nikah yang sah dengan arwah isteri saya Cuma nama Sahaja adalah pemilik kad pengenalan sebenarnya, “katanya lagi.

Tambah lelaki ini, dia buntu memikirkan hak dirinya dan anak-anak kerana mereka sedang melanjutkan pelajaran dan ada yang bekerja.

“Adakah nikah saya dikira sah dari segi islam? Atau ada cara lain yang boleh saya guna untuk Atasi isu saya, “soalnya.
Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksiwarga maya dan ramai mengesyokan dia merujuk kepada pejabat agama.
“Lebih baik terus rujuk ke pejabat agama untuk minta pendapat sebab ini mengenai nasab dan taraf perkahwinan sah atau tidak sebab guna identity orang lain.
“JPN cakap nikah tidak sah mungkin berdasarkan identity tak sama dengan arwah isteri sebab kalua nama tak sama maknanya tuan kahwin dengan orang lain selama ini.
“Teruskan berdoa semoga JPN tak Tarik balik sebab JPN cakap kemungkinan kan? Takut anak-anak tuan berkahwin, pakai wali tuan pula lagi payah,”kata beberapa netizen.

Source :