Israel lobi Kongres AS beri tekanan kepada Afrika Selatan gugurkan kes genosid – Laporan

BAITULMAQDIS – Israel akan meminta Kongres Amerika Syarikat (AS) memberi tekanan kepada Afrika Selatan untuk menggugurkan kes genosid ke atas Israel di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), lapor media tempatan.

Laman sesawang berita Israel, Walla melaporkan satu dokumen rahsia Kementerian Luar Israel menyatakan para pegawai kementerian itu mahu ahli Kongres AS memberi amaran kepada Afrika Selatan bahawa mereka akan menerima padah kerana meneruskan kes tersebut.

Walla yang memetik para pegawai Israel berkata bahawa mereka berharap kerajaan baharu Afrika Selatan berikutan pilihan raya pada Mei ini akan mengambil pendekatan berbeza ke atas Israel dan pencerobohan di Gaza.

Afrika Selatan mempunyai tempoh sehingga 28 Oktober ini untuk membentangkan alasan-alasan bagi meneruskan kes terhadap Israel berhubung dakwaan kesalahan Konvensyen Genosid semasa pencerobohan ke atas Gaza ke ICJ.

Negara itu mengambil inisiatif membawa kes genosid yang dilakukan Israel pada Disember lalu, dengan menuduh Tel Aviv melanggar konvensyen 1948 yang masih meneruskan pencerobohan ke atas Jalur Gaza.

Pencerobohan berterusan Israel ke atas Jalur Gaza, kini hampir setahun, telah mengorbankan kira-kira 41,000 penduduk Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, selain mencederakan lebih 94,800 orang, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan.

Sekatan secara berterusan menyebabkan kekurangan makanan, air bersih dan ubat-batan yang ktitikal di Palestin. – Agensi

Source :