BEIRUT: Angka kematian akibat serangan Israel ke atas Lubnan sejak Oktober lalu meningkat kepada 2,306, dengan 10,698 lagi cedera, menurut Kementerian Kesihatan Lubnan pada Ahad.
Kementerian dalam satu kenyataan memaklumkan 51 orang terbunuh dan 174 yang lain cedera dalam tempoh 24 jam yang lepas, lapor Agensi Anadolu.
Israel melancarkan serangan udara besar-besaran di seluruh Lubnan terhadap apa yang didakwanya sebagai sasaran Hizbullah sejak 23 Sept, membunuh sekurang-kurangnya 1,488 orang, mencederakan lebih 4,297 yang lain, dan menyebabkan lebih 1.34 juta orang kehilangan tempat tinggal.
Serangan udara itu merupakan peningkatan peperangan rentas sempadan selama setahun antara Israel dan Hizbullah sejak permulaan serangannya di Semenanjung Gaza.
Walaupun terdapat amaran antarabangsa bahawa Timur Tengah berada di ambang perang serantau di tengah-tengah serangan berterusan Israel ke atas Gaza dan Lubnan, Israel meluaskan konflik pada 1 Okt dengan melancarkan pencerobohan ke selatan Lubnan.