WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) mendakwa serangan yang dilancarkan Israel ke atas sasaran ketenteraan di Iran adalah ‘tindakan mempertahankan diri’ susulan daripada serangan peluru berpandu balistik Iran terhadap Israel, baru-baru ini.
AS juga mendakwa, pihaknya sudah dimaklumkan terlebih dahulu oleh tentera Israel terhadap serangan balas berkenaan.
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih, Sean Savett, berkata serangan balas itu adalah sebagai tindakan mempertahankan diri dan tindak balas terhadap serangan peluru berpandu balistik Iran terhadap Israel pada 1 Oktober lalu.
AS dimaklumkan terlebih dahulu (serangan balas), namun tidak terbabit dalam serangan berkenaan,” kata seorang pegawai pertahanan AS kepada AFP dengan syarat identitinya dirahsiakan.
Pegawai itu bagaimanapun tidak menyatakan berapa awal AS dimaklumkan atau perincian yang dikongsikan oleh Israel.
Katanya dalam kenyataan berasingan, Presiden AS, Joe Biden dan Naib Presiden, Kamala Harris juga diberi taklimat mengenai serangan terbabit dan akan menerima maklumat terkini daripada pasukan keselamatan negara mereka.