Kadar pertumbuhan penduduk Malaysia perlahan kepada 1.6 peratus

KUALA LUMPUR – Jumlah penduduk Malaysia pada suku tahun ketiga 2024 dianggarkan 34.1 juta berbanding suku tahun ketiga 2023 (33.6 juta) dengan pertumbuhan yang lebih
perlahan sebanyak 1.6 peratus berbanding 2.1 peratus (ST3 2023).

Pertumbuhan penduduk yang perlahan ini seiring dengan penurunan bilangan kelahiran dalam tempoh yang sama.

Jumlah penduduk terdiri daripada 30.7 juta (90.0%) warganegara dan 3.4 juta (10.0%) bukan warganegara.

Penduduk lelaki meningkat kepada 17.9 juta daripada 17.6 juta pada suku tahun ketiga 2023 dan wanita bertambah kepada 16.2 juta daripada 16.0 juta dalam tempoh
yang sama.

Nisbah jantina keseluruhan penduduk ialah 111 lelaki bagi setiap 100 perempuan manakala nisbah jantina bagi Warganegara ialah 103 lelaki bagi setiap 100 perempuan.

Penduduk umur muda (0-14 tahun) kekal tidak berubah pada 7.6 juta (22.2%).

Sementara itu, komposisi penduduk umur bekerja (15-64
tahun) dan penduduk tua (65 tahun dan lebih) masing-masing meningkat daripada 23.5 juta (70.0%) dan 2.5 juta (7.5%) kepada 23.9 juta (70.2%) dan 2.6 juta (7.7%) pada suku tahun ketiga 2024.

Penduduk Melayu menyumbang 58.1 peratus daripada jumlah penduduk pada suku tahun ketiga 2024 (ST3 2023: 57.9%).Sementara itu, komposisi penduduk umur bekerja (15-64
tahun) dan penduduk tua (65 tahun dan lebih) masing-masing meningkat daripada 23.5 juta (70.0%) dan 2.5 juta (7.5%) kepada 23.9 juta (70.2%) dan 2.6 juta (7.7%) pada suku tahun ketiga 2024.

Penduduk Melayu menyumbang 58.1 peratus daripada jumlah penduduk pada suku tahun ketiga 2024 (ST3 2023: 57.9%).

Manakala penduduk etnik Cina dan India masing-masing menurun kepada 22.4 peratus dan 6.5 peratus berbanding 22.5 peratus dan 6.6 peratus, sementara bumiputera lain kekal tidak berubah iaitu 12.3 peratus pada tempoh yang sama.

Bumiputera lain terdiri daripada Bumiputera Sabah, Bumiputera Sarawak dan Bumiputera Semenanjung Malaysia lain.

Bumiputera Sabah menyumbang 56.6 peratus daripada bumiputera lain yang terdiri daripada Kadazan/ Dusun (31.7%), Bajau (26.5%), Murut (5.1%) dan Bumiputera Sabah lain (36.7%).

Sementara itu, Bumiputera Sarawak (32.4%) terdiri daripada Iban (59.1%), Bidayuh (17.1%), Melanau (10.6%) dan Bumiputera Sarawak lain (13.2%).

Jumlah kelahiran hidup merekodkan penurunan sebanyak 12.3 peratus (100,645 kelahiran) berbanding 114,764 kelahiran pada suku tahun ketiga 2023.

Bayi lelaki melebihi bayi perempuan dengan 51,815 kelahiran berbanding 48,830 kelahiran.

Nisbah jantina bagi kelahiran hidup ialah 106 lelaki bagi setiap 100 perempuan.

Selangor mencatatkan bilangan kelahiran hidup tertinggi iaitu 19,458 (19.3%) manakala kelahiran hidup terendah dicatatkan di Labuan (327 kelahiran: 0.3%).

Ibu berumur 30-39 tahun merekodkan kelahiran hidup tertinggi iaitu 50,670 (50.3%) pada suku tahun ini, diikuti oleh ibu berumur 20-29 tahun (42.6%), 40 tahun dan lebih (5.0%) dan kurang daripada 20 tahun (2.1%).

Melayu menyumbang 66.7 peratus (67,181 kelahiran hidup) daripada jumlah kelahiran hidup pada suku tahun ketiga 2023 (ST3 2023: 67.1%).

Kelahiran hidup bagi etnik Cina dan bumiputera Lain masing-masing meningkat kepada 10.4 peratus dan 13.0 peratus berbanding 9.7 peratus dan 12.8 peratus pada suku tahun ketiga 2023.

Sementara itu, etnik India menurun kepada 3.8 peratus berbanding 4.4 peratus pada suku tahun ketiga 2023.

Bumiputera kain adalah terdiri daripada Bumiputera Sabah, Bumiputera Sarawak dan Bumiputera Semenanjung Malaysia lain.

Bumiputera Sabah menyumbang 58.5 peratus daripada bumiputera lain terdiri daripada Kadazan/ Dusun (34.2%), Bajau (30.7%), Murut (6.6%) dan Bumiputera Sabah
lain (28.5%).

Sementara itu, Bumiputera Sarawak (34.4%) terdiri daripada Iban (58.8%), Bidayuh (17.3%), Melanau (12.2%) dan Bumiputera Sarawak lain (11.7%).

Sebanyak 48,317 kematian telah direkodkan pada suku tahun ketiga 2024, meningkat sebanyak 1.9 peratus berbanding suku tahun ketiga 2023 (47,438 kematian).

Bilangan kematian bagi lelaki adalah 27,446 manakala 20,871 kematian bagi perempuan.

Nisbah jantina bagi kematian ialah 132 lelaki bagi setiap 100 perempuan.

Pada tempoh masa sama, Selangor merekodkan bilangan kematian tertinggi iaitu 7,660 kematian (15.9%) manakala Putrajaya mencatatkan bilangan kematian terendah dengan 79 kematian (0.2%).

Kumpulan umur 60 tahun dan lebih merekodkan bilangan tertinggi iaitu 33,995 kematian (70.4%), diikuti 41-59 tahun (20.0%), 15-40 tahun (7.5%) dan 0-14 tahun (2.2%).

Pada suku tahun ketiga 2024, Melayu menyumbang 52.1 peratus (25,153 kematian) daripada jumlah kematian (ST3 2023: 51.2%).

Kematian bagi etnik Cina kekal tidak berubah iaitu 26.4 peratus pada suku tahun ketiga 2024.

Sementara itu, etnik India dan bumiputera Lain masing-masing menurun kepada 8.3 peratus dan 10.5 peratus berbanding 8.4 peratus dan 11.1 peritus pada suku ketiga 2023.

Bumiputera Sabah menyumbang 51.1 peratus daripada bumiputera lain yang terdiri daripada Kadazan/ Dusun
(39.7%), Bajau (26.5%), Murut (5.5%) dan Bumiputera Sabah lain (28.3%).

Sementara itu, Bumiputera Sarawak (42.3%) terdiri daripada Iban (62.9%), Bidayuh (15.7%), Melanau (10.4%) dan Bumiputera Sarawak lain (11.0%). – MalaysiaGazette

Source :