KUALA LUMPUR: Hasrat menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan dan membeli-belah utama hanya mampu direalisasi jika semua kementerian, agensi dan pihak berkuasa tempatan memperkukuhkan sinergi dengan Kementerian Seni, Pelancongan dan Budaya (MOTAC).
Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Manoharan Periasamy, berkata dalam konteks semasa, kerjasama sedemikian amat diperlukan mengambil kira terdapat pelbagai kekangan dalam melaksanakan perancangan pelancongan semasa dan akan datang.
Jelasnya, ia selari dengan gesaan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mahu semua kementerian dan agensi yang berkaitan pelancongan mengukuhkan kerjasama khususnya dengan MOTAC bagi menjadikan sektor itu sebagai agenda nasional yang strategik.
“Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pelancongan dan Kebudayaan (JKPK) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Isnin lalu, beliau ada menyebut kepentingan kerjasama merentas agensi khususnya dalam aspek pelancongan.
“Ini (perlu) kerana apabila kita mahu menjadikan Malaysia destinasi membeli-belah utama, misalnya kementerian memperkenalkan inisiatif Jualan Tengah Malam Malaysia yang diadakan bulan lalu membabitkan beberapa pusat membeli-belah, ini memerlukan kelulusan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
“Jika KPDN tak beri kelulusan untuk lanjutkan tempoh pusat membeli-belah ini beroperasi, iaitu dari jam 10 hingga 12 tengah malam, program ini tak dapat dijalankan,” katanya ketika
Majlis Sidang Media Kempen Jualan Akhir Tahun Malaysia 2024 (MYES 2024) di Sunway Pyramid, di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Dr Yasmeen Yasim; Presiden Persatuan Pengurusan Kompleks Malaysia (PPK), Phang Sau Lian dan Timbalan Presiden Persatuan Peruncit Malaysia (MRA), Boon Eng Law.
Sebelum ini, beberapa pihak mengkritik dengan menyifatkan promosi pelancongan semasa negara tidak dilakukan dengan sewajarnya.
Isnin lalu, bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dalam satu kenyataan menegaskan pelancong kurang tertarik datang ke Malaysia bukan hanya disebabkan tiada papan tanda bertulisan Mandarin tetapi disebabkan kurang promosi dengan produk pelancongan tempatan tidak semeriah negara lain.
Manoharan berkata, perkara itu juga perlu diperkukuh khususnya dalam melaksanakan persiapan dan merangka strategi bagi Kempen Melawat Malaysia 2026.
“Kita dalam MOTAC ada kekangan tertentu, jadi perlu ada pembabitan merentas kementerian, agensi dan pihak berkuasa tempatan.
“Pelancongan ini bukan hanya milik kita (MOTAC). Bagaimana nak buat semua sendiri dalam usaha mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan, misalnya dalam hal berkaitan pengangkutan, penyediaan bas persiaran dan tiket kapal terbang, kita memerlukan kerjasama Kementerian Pengangkutan (MOT),” katanya.
Mengenai MYES 2024, beliau berkata, kempen yang berlangsung mulai 15 November lalu hingga 1 Januari 2025 menawarkan pengalaman membeli belah dan pelancongan yang pelbagai merangkumi pewaran potongan harga bagi barangan, penginapan, pengangkutan, makanan dan minuman di seluruh negara.
Program dengan kerjasama Mastercard itu disertai lebih 60 penggiat industri pelancongan merangkumi pusat beli-belah, peruncit, hotel dan syarikat penerbangan.
Katanya, lebih 130 aktiviti dan promosi menarik menanti pelancong yang berkunjung ke pusat beli-belah di seluruh negara sepanjang tempoh terbabit.
“Aktiviti beli-belah adalah komponen penting bagi industri pelancongan Malaysia. Dari Januari hingga September 2024, jumlah perbelanjaan pelancong mencecah hingga RM26.98 bilion iaitu peningkatan sebanyak 63 peratus berbanding RM16.56 bilion yang dicatatkan untuk tempoh sama pada
2023.
“Segmen ini menjadi penyumbang utama kepada pendapatan pelancongan iaitu mewakili 36.8 peratus daripada jumlah
“Segmen ini menjadi penyumbang utama kepada pendapatan pelancongan iaitu
mewakili 36.8 peratus daripada jumlah keseluruhan RM73.2 bilion pendapatan pelancongan
yang direkodkan bagi tempoh ini,” katanya.
Susulan prestasi semasa yang memberangsangkan, katanya, kementerian akan terus memperkukuh segmen membeli-belah, satu daripanya melalui mengembalikan kempen Ma
sekali gus memperkukuh perkembangan segmen ini, lebih-lebih lagi selepas kita menganjurkan semula kempen Jualan Mega Malaysia 2024.