BANGLO mewah yang dilelong bank. FOTO Arkib NSTP
Kuala Lumpur: Kediaman mewah milik usahawan, Muhammad Sajjat Kamaruz Zaman atau Nur Sajat bakal dilelong oleh pihak dengan harga RM4.68 juta.
Menerusi hantaran seorang ejen hartanah, banglo dua tingkat yang berlokasi di Seksyen 10, Petaling Jaya itu akan mula dilelong pada 13 Mei depan.
“Selepas berhijrah ke Australia, Nur Sajat nak jual rumah ini RM9 juta lebih. Sekarang, rumah ini dilelong bank pada harga RM4.68 juta saja,” tulis ejen itu.
Hantaran itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen di media sosial.
“Lelongan yang ke-10 pun belum tentu boleh beli lagi. Mampu tengok sahajalah. Semoga ada rezeki orang lain dapat memiliki rumah cantik ini,” tulis seorang netizen.
“Besar rumah Sajat. Patutlah sunyi hidupnya dan asyik buat kontroversi,” tulis pengguna media yang lain.