Serangan Israel di Rafah perlu ditamatkan – PBB
WASHINGTON – Penasihat khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung pencegahan pembunuhan beramai-ramai khuatir dengan kemungkinan serangan Israel ke atas Rafah di selatan Semenanjung Gaza, yang menjadi tempat perlindungan lebih 1 juta penduduk daripada perang Israel di kawasan tersebut. “Perlindungan orang awam perlu diutamakan dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa mesti dihormati pada setiap masa. “Cukup-cukuplah dengan keganasan…