10 maut, dua helikopter TLDM bertembung di Lumut

Sebuah helikopter milik Angkatan Tentera Malaysia dirakam sedang terhempas ketika menjalani raptai di Kem Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Manjung, Perak. KUALA LUMPUR: Seramai 10 orang maut dalam nahas dua buah helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terhempas di Pangkalan TLDM, Lumut, pagi ini. Kedua-dua helikopter yang bertembung di udara dan terhempas di…

Teruskan Bacaan

Malaysia kecam serangan Israel di Rafah, gesa masyarakat antarabangsa kecam pencerobohan Zionis

Ujar Wisma Putra, sebarang serangan di Rafah akan mengakibatkan implikasi yang dahsyat kepada lebih dari 1.5 juta rakyat Palestin yang berada di tempat perlindungan sementara yang sesak di dalam kawasan hanya seluas 64 km persegi. – Foto REUTERS KUALA LUMPUR : Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan Israel yang terkini di bandar Rafah, selatan Gaza pada 21…

Teruskan Bacaan

AFC B23: Merselino Ferdinan permata baharu Indonesia

KUALA LUMPUR – Pemain muda tengah Indonesia bawah 23 (B-23), Merselino Ferdinan, 19, terus mencipta sejarah buat Sang Garuda ketika ini dalam saingan Piala Asia B-23 di Qatar. Ferdinan menjadi antara bintang muda yang begitu mencuri tumpuan kini untuk skuad B-23 Indonesia selepas kejayaannya memimpin rakan sepasukan lain mara ke pentas suku akhir buat kali…

Teruskan Bacaan

Netanyahu ancam serangan lebih hebat ke atas Hamas

TEL AVIV – Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berikrar untuk memperhebatkan tindakan keras tentera ke atas Hamas. Dalam ucapan video, Netanyahu mengancam tindakan “dalam beberapa hari akan datang,” tanpa menjelaskan masa dan tempatnya. “Kami akan menyerangnya dengan lebih hebat dan ini akan berlaku tidak lama lagi,” katanya. Beliau berkata, Israel “akan meningkatkan tekanan tentera dan…

Teruskan Bacaan

Penjaja ala Bombay gagal dikesan DBKL, ‘hilang’ selepas video tular

KUALA LUMPUR – Penjaja warga asing yang tular berniaga di Jalan Hang Tuah di sini gagal dikesan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Menerusi kenyataan hari ini, pihaknya menerima maklumat awam berkaitan aktiviti perniagaan mereka yang ditularkan dengan tajuk ‘Penjaja Ala Bombay Di KL’. Hasil semakan awal, DBKL mendapati aktiviti penjajaan itu dijalankan selepas solat…

Teruskan Bacaan