Forum Ekonomi Antarabangsa XV ‘Russia – Dunia Islam: KazanForum’ akan diadakan pada 14 hingga 19 Mei 2024 di Republik Tatarstan, Kazan. – Foto Islamic World: KazanForum
SEMPENA ulang tahun ke-55 Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), satu sesi pakar media yang akan menggabungkan pakar-pakar dari Rusia dan negara Islam lain bersama di dalam KazanForum-2024 yang akan diadakan bermula 15 Mei ini.
Forum ini adalah bagi mengukuhkan perdagangan dan hubungan ekonomi, saintifik dan teknikal, pendidikan, sosial dan budaya antara wilayah Persekutuan Rusia dan negara-negara OIC yang merangkumi 57 negara.
Tahun ini bertemakan trend kandungan media susulan transformasi radikal dalam ruang maklumat dunia yang berubah memperlihatkan pemilikan monopoli terhadap berita menjadi suatu perkara yang lepas.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, KazanForum telah menjadi salah satu platform utama untuk membincangkan trend dalam membangunkan ruang maklumat global, mewujudkan dialog yang produktif dalam bidang maklumat, serta untuk mengenal pasti kawasan interaksi antara negara-negara OIC dan Persekutuan Rusia.
Forum Ekonomi Antarabangsa XV ‘Russia – Dunia Islam: KazanForum’ akan diadakan pada 14 hingga 19 Mei 2024 di Republik Tatarstan, Kazan.
Antara topik utama KazanForum-2024 yang akan diketengahkan adalah Kewangan Islam, industri halal, pelaburan antarabangsa, industri, teknologi inovatif, tenaga, logistik, pelancongan, diplomasi, prinsip ESG, PKS, perubatan dan sukan.