Rafizi bergambar bersama Ibrahim dan tenaga kerjanya ketika lawatan ke Mercu UEM di ibu negara – Gambar Yayasan Peneraju
KUALA LUMPUR: Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju) akan melakukan anjakan paradigma dengan memberi tumpuan dalam penciptaan nilai berbanding penciptaan kekayaan bagi melahirkan pemimpin perniagaan, profesional dan sosial selain melahirkan lebih 70,000 bakat bumiputera.
Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Peneraju, Ibrahim Sani berkata cabaran utama yang dihadapi ketika ini adalah penyertaan dan penguasaan ekonomi oleh bumiputera yang masih rendah.
Menurutnya, satu-satunya cara untuk menangani masalah ini adalah dengan melatih semula dan menaik taraf kemahiran baharu bakat bumiputera bagi memenuhi keperluan sektor-sektor baharu dan lama.
“Melalui pendekatan ini kita dapat menyediakan platform kepada bakat bumiputera daripada menjadi pekerja kelas pertengahan kepada mereka yang sama ada menerajui syarikat berkaitan kerajaan atau perbadanan serta komuniti masyarakat.
“Dan mungkin juga menyediakan dana kepada mereka yang ingin menjadi usahawan dan juga pemilik bisnes supaya daripada situ kita dapat menyelesaikan kenyataan permasalahan kita,” katanya semasa sesi temu bual eksklusif bagi sambutan ulang tahun ke-12 Yayasan Peneraju di Mercu UEM di ibu negara.
Yayasan Peneraju juga akan memberi penekanan yang lebih khusus untuk tahun ini dan mendatang kepada tiga sektor iaitu perkhidmatan perniagaan, specialis dan teknologi.
“Setelah 12 tahun beroperasi, Yayasan Peneraju merupakan antara salah satu badan pendidikan Bumiputera yang unggul dalam penyediaan bakat dalam sektor perkhidmatan perniagaan, perakaunan serta kewangan seperti Chartered Financial Analyst (CFA).
“Yayasan Peneraju juga memberi latihan teknologi kepada bakat Bumiputera dalam sektor teknologi seperti sains data, pemodel data, penganalisis system dan keselamatan serta pensijilannya juga akan diiktiraf antarabangsa,” katanya.
Tambahnya, Yayasan Peneraju turut menyediakan khidmat sokongan kepada para penerima faedah tamat program melalui komuniti Peneraju Alumni untuk membina jaringan yang kukuh dengan menyumbang semula kepada individu, komuniti atau negara serta menggalakkan pembangunan diri.
Dalam usaha mengembangkan lagi sayap mereka, Yayasan Peneraju juga kini giat mengintai kumpulan yang lebih besar atau tertumpu seperti di Sabah dan Sarawak dengan memberi penekanan terhadap sektor High-Growth-High-Value.
Beliau turut memaklumkan bahawa Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli akan melancarkan penjenamaan semula Yayasan Peneraju pada 18 April depan yang melambangkan hala tuju untuk tempoh 10 tahun akan datang semasa sesi dialog beliau bersama penerima faedah.
Very interesting details you have observed, thank you for posting.Leadership