MELBOURNE: Malaysia dan Australia meneroka peluang kerjasama dalam bidang baru muncul ketika kedua-dua negara memulakan era progresif baharu, dengan tiga tonggak utama yang dikenalpasti adalah kemakmuran ekonomi, masyarakat dan teknologi, serta pertahanan dan serantau.
Bagi mencapai matlamat ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau bersedia untuk bekerjasama erat dengan Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese bagi mengangkat hubungan yang telah lama terjalin ke tahap yang lebih tinggi.
Perdana Menteri berkata, Malaysia dan Australia yang akan meraikan ulang tahun ke-70 hubungan diplomatik pada tahun depan, telahpun membina kerjasama mantap dalam pelbagai bidang kerjasama.
Katanya, hubungan ini diperkukuhkan lagi dengan Kerjasama Strategik Komprehensif (CSP) pada 2021 yang menyediakan pelan tindakan untuk membangunkan kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk perdagangan dan pelaburan, pendidikan, belia dan sukan, ekonomi digital serta keselamatan siber.
“Tenaga boleh diperbaharui…teknologi hijau dan pastinya (bidang) digital. Keterjaminan makanan juga penting bagi kita dan ini menjadi satu keperluan mendesak di beberapa negara termasuk Malaysia.
“Begitu juga pendidikan. Terdapat banyak institusi pengajian tinggi dan universiti kebangsaan (Australia) yang menubuhkan kampus di Malaysia, yang amat kami alu-alukan. Adalah menjadi tugas dan komitmen kami untuk memudahcara, malah mempercepatkan prosesnya,” katanya pada sidang akhbar bersama Perdana Menteri Australia selepas Mesyuarat Pemimpin Tahunan (ALM) Kedua Malaysia-Australia di sini, hari ini.
Anwar sebelum itu diberi sambutan rasmi oleh Gabenor Victoria, Margaret Gardener dan Albanese di Rumah Kerajaan, Victoria.
Ini adalah lawatan sulung Anwar ke Australia dan beliau mengetuai delegasi Malaysia ke ALM serta Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia.
Kedua-dua pemimpin juga menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) bagi Kerjasama Pendidikan Tinggi; MoU dalam bidang Sukan; MoU dalam Keselamatan Siber dan Teknologi Kritikal; dan Kerjasama Praktikal antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Australia dalam bidang Sains dan Teknologi dan Aplikasinya untuk Pelaksanaan Perjanjian Pengharaman Ujian Nuklear Komprehensif (CTBT).
MoU terbabit diwakili oleh Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Turut hadir, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.
Memperincikan mengenai tonggak kemakmuran ekonomi, Anwar berkata beliau dan Albanese bersetuju bahawa masih banyak potensi yang boleh diteroka untuk meningkatkan lagi jumlah perdagangan antara Malaysia dan juga Australia, walaupun pertumbuhan perdagangan dua hala yang dicatatkan adalah mengagumkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Australia ketika ini adalah rakan perdagangan ke-10 terbesar Malaysia.
“Kami bersetuju bahawa kedua-dua pihak akan mengutamakan usaha untuk menyegar dan memodenkan kerjasama Australia-Malaysia, bagi memastikan kedua-dua ekonomi menjadi maju, selamat dan berdaya tahan secara digital,” katanya.
“Kerajaan mengalu-alukan syarikat-syarikat Australia untuk terbabit dalam projek pembuatan dan industri sedang pesat membangun di Malaysia, terutamanya dalam bidang tenaga boleh diperbaharui dan teknologi-agro, selain menubuhkan usaha sama (JV) bagi membangunkan industri pertengahan dan hiliran,” katanya.
Perdana Menteri berkata, menerusi tonggak masyarakat dan teknologi, Malaysia dan Australia mengesahkan lagi komitmen untuk meningkatkan kerjasama pelbagai sektor sebagai tindak balas kepada keperluan perniagaan yang sedang berubah, termasuk ekosistem vaksin dan peralihan tenaga bersih.
“Dijangkakan juga bahawa pembaharuan MoU dalam Pendidikan Tinggi serta Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) akan meningkatkan lagi penyelidikan dan kerjasama berasaskan teknologi tinggi antara universiti dari kedua-dua negara,” katanya.
Menerusi tonggak pertahanan dan serantau pula, Anwar berkata kedua-dua negara bersetuju untuk
Kredit: Berita Harian