Sandakan: Seorang lelaki ditahan selepas disyaki menggunakan kad pengenalan palsu, Selasa lalu.
Lelaki itu ditahan pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) cawangan Sandakan ketika hadir di kaunter JPN untuk membuat permohonan gantian kad pengenalan.
Jabatan Pendaftaran Negeri Sabah dalam satu kenyataan di Facebook rasminya memaklumkan, semakan oleh pegawai JPN mendapati kad pengenalan yang digunakan oleh lelaki terbabit tidak sepadan dengan maklumat dalam pangkalan data JPN.
“Lelaki terbabit kemudian diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut,” kata kenyataan itu, semalam.
Source :