3 maut pikap terbabas di Jalan Pan-Borneo

MIRI: Tiga maut manakala empat cedera selepas pikap yang mereka naiki terbabas ke bahu jalan di Batu 72 Jalan Pan-Borneo Miri-Bintulu petang semalam. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak berkata tiga mangsa maut di tempat kejadian ialah Evelyn Shely Manyie (26), Eddy Indau (26) dan Jengging Tisok (39). “Empat lagi mangsa termasuk seorang kanak-kanak…

Teruskan Bacaan

Punca isu gandar Omoda 5 sudah dikenalpasti – Chery Auto

KUALA LUMPUR – Isu gandar yang melibatkan kenderaan model Omoda 5 disebabkan oleh hujung mesin kimpalan automatik yang haus telah digantikan dengan hujung kimpalan baharu. Naib Presiden Chery Auto Malaysia, Lee Wen Hsiang berkata, penggantian yang baharu pada hujung kimpalan itu pula telah mengakibatkan salah kalibrasi peralatan. Masalah itu dikesan selepas Chery Auto Malaysia (Chery…

Teruskan Bacaan

Polis giat buru suspek samun pemain TFC

KUALA TERENGGANU: Polis percaya kejadian menimpa pemain pasukan Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid yang diserang dua individu tidak dikenali, berhampiran sebuah kondominium di sini malam tadi bermotifkan samun. Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, mangsa yang juga pemain bola sepak kebangsaan berusia 25 tahun cedera di kepala, kaki kiri dan lengan kiri. Ketua Polis…

Teruskan Bacaan

Papagomo dituduh pagi ini susulan kenyataan didakwa aibkan Agong

KUALA LUMPUR: Bekas EXCO Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali Papagomo akan didakwa di Mahkamah Sesyen pagi ini kerana membuat kenyataan menghasut yang mendatangkan kebencian kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim. Ia susulan Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan menghadap…

Teruskan Bacaan

Budak jatuh longkang, cedera di kepala

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak berumur enam tahun cedera di kepala akibat terjatuh ke longkang sedalam 4.57 meter, berhampiran Apartmen River Dale di Bukit Antarabangsa, Ampang, malam tadi. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 8.34 malam. “Komander Operasi melaporkan kejadian…

Teruskan Bacaan